Wednesday, 19 June 2019

ROTI GORENG SOSEJ CHEESE LELEH 🤤

Bahan-bahan:

~1 bungkus roti Gardenia(roti lain pun boleh)
~Sosej
~Cheese
~2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak

Cara-cara:

1. Sediakan 2 keping roti.
2. Letakkan cheese dahulu di atas roti
3. Letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga.
4. Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi
5. Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau.
6. Celupkan roti pada telur tadi sehingga sama rata.
7. Panaskan kuali dan goreng.

Dah Siap!Simple dan sedap😋

Thursday, 13 June 2019

Mee Kari Chinese Style Recipe
.
Bahan
100grm cili kering - rebus dan kisar
3 biji bwh besar - kisar
3 ulas bwg putih - kisar
2 batang serai - diketuk
3 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1/2 ekor ayam (potong kecil)
1 kotak kecil santan
Tauhu apung
Fish cake
Hiasan
Telur rebus
Taugeh - celur
Sawi - celur
Sambal
Limau Nipis (potong separuh)
.
Sambal
300grm cili kering - rebus
4 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
.
1 Rebus cili kering.. Bila dh masak, blend bersama bwg besar & bwg putih
2 Goreng hingga wangi.. Perisakn dgn garam & gula
.
Cara
1 Panaskn minyak dan goreng serai sebentar
2 Kisar cili kering, bwg besar, bwg putih. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masak hingga terbit minyak
3 Masukkan serbuk kari dan masak sebentar. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak
4 Masukkn santan sekotak kecik dan air (sukatan air agak2 saje.. ikut selera nk kuah pekat atau cair)
5 Biar kuah mendidih.. Perisakn dgn garam/aji.. Tambahkn tauhu apong dan fishcake. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dlm tauhu apong
.
Tips
Mee kari sedap makan dgn wantan goreng.. Hari ni saya tak buat wantan sbb tak sempat.. Resipi wantan nanti saya share resipi.. InsyaAllah —
Kredit resepi ini kpd ahmad shukri shukor via masak apa hari ni



Saturday, 6 April 2019

De La Salle Run 21Km Half Marathon

My Run Today 









UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


Salam sejahtera pembelajaran PJJ UUM bertempat di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah





Proses Pembelajaran 


Sedikit Vedio Pembentangan




Friday, 5 April 2019

Percutian Menarik Di Kuala Lumpur dan Melaka Bersama Keluarga

Hai pembaca semua. Tengah buat apa tu? Moga semuanya sihat dan gembira selalu. Sini saya ingin mengimbau  kembali pengalaman bercuti bersama family. Kami pilih percutian yang ringkas dan singgah di beberapa tempat untuk memberikan pengalaman yang berbeza pada anak-anak. Salah satu destinasi percutian kami adalah di Kuala Lumpur dan Melaka.




Walaupun pernah tinggal di Kuala Lumpur pada tahun 2005 hingga 2010, tapi banyak betul tempat-tempat menarik yang belum pernah dilawati sebelum ini. Jadi percutian kali ni memang menyeronokkan kerana banyak pengalaman baru yang dilalui oleh kami dan anak- anak juga.





Pine Cone @ Avantas Mid Valley terletak di Kuala Lumpur ni memang cantik serta menyediakan akomodasi yang jauh dari keramaian dan hiruk pikuk pusat kota. Semua unit memiliki ruang keluarga, area tempat duduk dengan sofa, TV layar datar, dapur berperalatan lengkap, dan kamar mandi pribadi. Terdapat juga microwave dan teko. Bilik kami menghadap ke view  bandaraya, jadi malam-malam boleh lah tengok kerlipan neon di KLCC.

View Dari depan
Kolam renang pula  terletak di Tingkat 7. Tiap kali bercuti, mandi kolam adalah aktiviti wajib anak-anak, jadi mau tidak mau mak dan bapanya pun kenalah mandi sekali. Agak sukar nak ambil gambar kolam renang secara keseluruhan sebab ianya agak besar. 


Kolam Renang Avantas Residences
Jom lihat saya kongsikan gambar-gambar menarik kami di Kuala Lumpur yang pastinya mengujakan anak-anak (dan mungkin juga anda sendiri) ... Mari kita lihat.
Bergambar dengan salah satu bangunan tertinggi di dunia, KLCC!!
KLCC yang mengkagumkan. Rakyat Malaysia sentiasa berbangga dengan KLCC. Ia mercu tanda negara kita," kata Mahathir.


Saya pasti, Aquaria KLCC bukanlah satu tarikan yang asing untuk kebanyakan kita. Akuarium bertaraf dunia yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ini mempamerkan lebih 5,000 spesis haiwan akuatik dan sudah tentunya menjadi tarikan terutamanya di kalangan kanak-kanak.


Sebenarnya, kami sudah pernah datang ke sini tetapi belum ada anak lagi masa tu. Bagi kanak-kanak, dunia haiwan tak pernah membuatkan mereka merasa bosan.



Anak-anak kami sangat enjoy ke sini
'Point' seterusnya,jalan-jalan ke I-City, Shah Alam. I-City Shah Alam sangat sesuai untuk aktiviti kanak-kanak. Mana tidaknya, keindahan lampu buatan yang lebih dikenali sebagai Digital Lights ini sangat memukau pandangan anak kecil atau mana-mana pengunjung yang datang. Kali terakhir saya datang ke Icity pada tahun 2010 di mana ketika itu hanya ada pokok-pokok lampu sahaja. Tetapi kini tahun 2018 ada banyak pembaharuan dan macam-macam games yang menyeronokkan!


Cahaya menjadi tarikan kepada kanak-kanak
Memang puas hati dapat jalan-jalan sini bawa anak Excited (anak) tengok lampu-lampu berwarna-warni.
Macam aku pula yang terlebih excited masuk tempat ais ni!


Apa yang boleh aku cakap dekat sini ialah “MEMANG SEJUK GILA” macam dekat oversea (lah) ...
Snowalk ni lebih kepada decoration kiub/blok ais batu. Tempat berjalan, just carpet hijau cuma sesetengah  saja ditaburi ais batu kisar. Haha. Jalan memang licin..mesti  kena berhati-hati. Saya pun banyak kali mau gelincir. Snowalk tiada had masa. Main la sampai selsema..Kalau sudah tidak tahan, boleh keluar ke lobi sekejap and then kalau sudah ok, bolehlah masuk balik.  


Layan gambar..


 Bye2 ICT. Tidak tau la bila lagi boleh datang.

BERCUTI KE MELAKA


Homestay Atlantis Residence Melaka
Kalau boleh describe dalam 3 perkataan, i should say, Best sangatAwesome dan  Fun. Orang yang paling enjoy mestilah budak-budak 3 orang tu. Mau tengok lagi apa yang best di sini.. jom.. 

Lawa kan pemandangan dari atas.
lawa kan..kan
Kalau pergi Melaka, jangan lupa singah dan melawat tempat-tempat menarik disekitar bandar hilir ini.






Sempat singgah menikmati keenakkan Cendol Durian di tebing Sungai Melaka..hihi... Jadi kami pun belilah sorang satu cup Cendol Durian. 


Sekian saja kenangan percutian bajet kami ini. Terima kasih kepada yang rajin baca sampai habis. Harap2 berguna la eh entry ni. Tidak guna spent duit banyak2 kalau pengalaman yang dapat tu tidak seberapa. Gunakan masa sepenuhnya untuk belajar benda baru di tempat baru..

ROTI GORENG SOSEJ CHEESE LELEH 🤤 Bahan-bahan: ~1 bungkus roti Gardenia(roti lain pun boleh) ~Sosej ~Cheese ~2 biji telur atau lebih ...