Thursday, 4 April 2019

Resepi Hinava

Bertemu kita di sini ingin saya kongsikan makanan tradisional kaum kadazan dusun Hinava



Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-DusunSabah, dan boleh dikatakan sebagai merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazan-Dusun.
Ia merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam.
Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi (menyerupai shushi).
Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan, tetapi biasanya isi ikan tenggiri, sungguhpun isi ikan yu juga boleh digunakan. Selain itu isi sotong atau udang juga boleh digunakan bagi penyediaan Hinava ini.
Hivana biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau_Kaamatan. Selain itu ia juga menjadi hidangan istimewa pada majlis-majlis penting lain seperti bagi perkahwinan, pertunangan dll.


Ambil resepi ni dari sabahanz.blogspot.my.
Bahan-Bahannya
* Ikan Tenggiri – Isinya sahaja tulang dibuang dan dicincang halus
* 6 Ulas Bawang Merah (dihiris)
* 2 Ulas Bawang Putih (dihiris)
* 3-4 Biji Limau Kapas (Ambil jusnya)
* Sedikit garam, serbuk perasa, Halia
* Peria – Dihiris halus
* Cili merah – dihiris halus
* Cili padi 
Cara-cara 
1) Ikan Tenggiri dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dicincang hingga halus.
2) Tuangkan sedikit air panas ke atas isi ikan tersebut selama 1 minit dan toskan.
3) Semua bahan yang telah dihiris halus tadi digaulkan bersama dengan isi ikan.
4) Kemudian dicampur dengan jus limau kapas.
5) Selamat mencuba resepi dari Sabah Negeri Di Bawah Bayu sedap BAH!!


No comments:

Post a Comment

ROTI GORENG SOSEJ CHEESE LELEH 🤤 Bahan-bahan: ~1 bungkus roti Gardenia(roti lain pun boleh) ~Sosej ~Cheese ~2 biji telur atau lebih ...